Semalam menghadiri sesi follow up dgn mentor saya, Dr Azizan Osman. Bersama2 saya dalam sesi itu juga ada beberapa mentee IJI beliau yang lain.
Daripada perkongsian dan pertanyaan oleh mentee2, saya lihat ada antara kami yang cepat beroleh kejayaan. Tapi ramai juga yang terhegeh-hegeh mengambil tindakan. Malah masih ada segelintir yang belum bertindak apa2. Yang sudah bertindak, terus tampak hasilnya. Ada yang berganda pendapatannya, ada yang mula menerima jemputan televisyen dan radio, ada yang menerima kontrak besar, ada yg menerima tawaran JV dr syarikat yg lebih besar, malah ada juga yang mendapat surat untuk sesi lawatan sambil belajar daripada pensyarah dan pelajar dari bbrp IPTA.
Yang ini sedikit mengkagumkan saya. Beliau adalah seorg pengusaha produk dari rumah. Beliau dapatlah income sikit2 daripada production beliau itu. Apabila beliau mula share aktiviti dan perkembangan perusahaan beliau itu dalam blog yg baru sahaja beliau create tidak sampai sebulan, beliau tiba2, tanpa pernah disangka2, telah menerima sepucuk surat daripada sebuah IPTA tempatan utk menghantar beberapa pensyarah dan pelajar2nya menemui dan melawat production beliau.
Beliau kaget dan keliru, tidak tahu sama ada patut atau tidak beliau menerima lawatan tersebut dan membenarkan mereka bertamu di rumah beliau utk melihat sendiri production di rumah beliau itu. Lantas, beliau mengajukan soalan kepada Mentor..
"Dr., patutkah saya menerima lawatan daripada mereka?"
Mentor menjawab..
"You rasa..?"
Mentee : "Saya rasa nak terima, tapi.."
Mentor : "Apa masalah you?"
Mentee : "Masalahnya,
1. Rumah saya kecil, tak muat untuk menerima tetamu dari IPTA tersebut yang seramai 85 orang itu.
2. Saya tidak tahu nak cakap apa, nak terangkan apa, nak tunjuk apa dan nak buat apa?"
3. Saya malu.. sebab production saya di rumah je, nanti apa kata mereka?"
Terang beliau serba salah dan suara yang agak tersekat2 menahan kesedihan.
Mentor : "Berapa income yang you dapat daripada produk you tu sehari?"
Mentee : "Errr, dalam rm1k-rm3k sehari."
Terang beliau perlahan.
(Dalam hati saya, wow!. Saya yakin orang lain pun terkagum juga).
Mentor : "Kalau you rasa nak terima lawatan mereka tu.. BUAT JE! JUST DO IT!! Apa yang nak dimalukan. Tak kisahlah rumah you besar ke kecil. Lagi kecil rumah you lagi bagus sebenarnya. Biar buka mata orang2. Kalau you buat production dalam rumah yang kecil.. atau tepi kubur sekalipun, kalau produk tu boleh beri manfaat pada ramai orang dan boleh generate income sebanyak itu, apa salahnya. You tahu, rm1k-rm3k bukan senang nak dapat. Ianya adalah pendapatan sebulan bagi kebanyakan orang. Sebulan!.. Tapi you dapat dalam sehari sahaja... kerja di rumah pulak tu."
Mentee : "..."
Tidak dapat berkata-kata.
Mentor : "Kenapa you menangis?"
Mentee : "...".
Masih tidak dapat berkata-kata.
"Saya... terharu... dan.. sangat tidak sangka.."
"Teknik yang doc ajar sangat Hebat."
"Tidak pernah terfikir saya akan jadi macam ni."
Beliau menghabiskan kata-kata lantas terus menangis.
Mentor : "Saya doakan saudari Kaya dan Berjaya!"
Dewan gamat dengan tepukan.
Sebenarnya bukan hanya dia seorang yang menangis. Saya sendiri pun tersentap dan terharu.
Juga saya percaya ramai hadirin lain pun sama.
Teringat pesan mentor, "Fast Action, Fast Result. Terhegeh2 Action, Terhegeh2 Result"!!
Semoga bermanfaat.
Abi Mirul