Monday, 4 November 2013

[Idea Perniagaan]

Bagaimana mencari idea perniagaan?
Bisnes apa yang hendak dibuat?
Perniagaan apa yang sesuai dengan diriku?

Pernahkah anda mengajukan soalan2 di atas?

Untuk mencari idea bisnes, cuba lihat ke dalam diri anda. Lihat apa kekuatan anda. Apa minat anda. Apa bakat yang anda miliki. Apa pengalaman yang anda pernah lalui.
Kemungkinan apa yang ada pada diri anda hari ini bisa diketengahkan ke medan bisnes dan bakal membuahkan kekayaan dan kejayaan yang besar buat anda.

Apabila ada orang bertanya saya apa bisnes patut dia buat, saya sering menasihatkan agar dia bermula dengan 'passion' dan 'kepakaran' dia.

Siapa ingin tahu bagaimana ingin mencari 'passion' diri dan membuat 'statement' kepakaran diri?

[Memulakan Perniagaan]

Ramai orang datang dan bertanya kepada saya bagaimana hendak memulakan bisnes sendiri. Saya telah berkongsi beberapa langkah dan rahsia dengan mereka, mengikut kesesuaian dan kesediaan diri mereka.

Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, pastikan anda melengkapkan diri dengan ilmu perniagaan secukupnya. Ketahui tip, teknik dan strategi yang betul dalam memulakan bisnes. Jangan main langgar dinding sahaja. Ianya amat merugikan! Rugi wang, rugi masa, rugi tenaga!

Umum mengetahui bahawa 9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan, betul? Kerana itu ramai yang ingin berniaga, sama ada secara sepenuh masa atau secara 'part-time'. Namun, boleh dikatakan 90% (9/10 juga) bisnes gagal di peringkat awal perniagaan (peringkat permulaan).

Sekiranya diberi peluang mahukah anda mempunyai perniagaan sendiri?

Apakah perkara yang anda ingin ketahui tentang memulakan perniagaan?

Sunday, 3 November 2013

[Ingin Berniaga Tetapi Tiada Idea?]

Sesiapa yang berniaga, tetapi tidak tahu nak berniaga apa, boleh gunakan tip ini:

1. Cari Masalah

-- Lihat sekeliling anda atau masyarakat anda. Cari masalah yang ada disekeliling, kemudian berikan penyelesaiannya dalam bentuk perniagaan. Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang menyelesaikan sesuatu masalah.


2. Cari Peluang

-- Lihat sekeliling anda dan perhatikan peluang perniagaan melalui masalah-masalah yang timbul.

Saturday, 2 November 2013

[Ceria dan Menceriakan!]

Mahu tahu macamana buat diri ceria dan orang lain gembira?

Satu daripada kaedahnya adalah dengan memberikan senyuman yang melebar, kalau boleh sampai ke telinga.

Pagi ini saya terjumpa dgn seorang clown dan memperhatikan bagaimana dia membolehkan dirinya dihampiri oleh orang ramai tidak kira dewasa atau kanak2.
Orang2 yg berhampiran dengan beliau semuanya kelihatan gembira dan memberikan senyuman kembali kepada beliau.





Bagi memecahkan tembok penghadang komunikasi, beliau menghiaskan muka agar kelihatan lebih lebar senyuman. Walaupun belum senyum, beliau sudah kelihatan senyum. Apatah lagi jika beliau memberikan senyuman. Kelihatan beliau seolah2 senyum sampai ke telinga.

Jom berikan senyuman yang melebar kepada semua orang.
Cubalah dan lihat hasilnya.

Ceria!


Ada tanda2 yang kita boleh rasai bila melakukan senyuman melebar. Siapa yang ingin tahu samada senyuman anda sudah cukup lebar atau belum?