Saturday, 2 November 2013

[Ceria dan Menceriakan!]

Mahu tahu macamana buat diri ceria dan orang lain gembira?

Satu daripada kaedahnya adalah dengan memberikan senyuman yang melebar, kalau boleh sampai ke telinga.

Pagi ini saya terjumpa dgn seorang clown dan memperhatikan bagaimana dia membolehkan dirinya dihampiri oleh orang ramai tidak kira dewasa atau kanak2.
Orang2 yg berhampiran dengan beliau semuanya kelihatan gembira dan memberikan senyuman kembali kepada beliau.





Bagi memecahkan tembok penghadang komunikasi, beliau menghiaskan muka agar kelihatan lebih lebar senyuman. Walaupun belum senyum, beliau sudah kelihatan senyum. Apatah lagi jika beliau memberikan senyuman. Kelihatan beliau seolah2 senyum sampai ke telinga.

Jom berikan senyuman yang melebar kepada semua orang.
Cubalah dan lihat hasilnya.

Ceria!


Ada tanda2 yang kita boleh rasai bila melakukan senyuman melebar. Siapa yang ingin tahu samada senyuman anda sudah cukup lebar atau belum?

No comments:

Post a Comment