Ramai orang datang dan bertanya kepada saya bagaimana hendak memulakan bisnes sendiri. Saya telah berkongsi beberapa langkah dan rahsia dengan mereka, mengikut kesesuaian dan kesediaan diri mereka.
Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, pastikan anda melengkapkan diri dengan ilmu perniagaan secukupnya. Ketahui tip, teknik dan strategi yang betul dalam memulakan bisnes. Jangan main langgar dinding sahaja. Ianya amat merugikan! Rugi wang, rugi masa, rugi tenaga!
Umum mengetahui bahawa 9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan, betul? Kerana itu ramai yang ingin berniaga, sama ada secara sepenuh masa atau secara 'part-time'. Namun, boleh dikatakan 90% (9/10 juga) bisnes gagal di peringkat awal perniagaan (peringkat permulaan).
Sekiranya diberi peluang mahukah anda mempunyai perniagaan sendiri?
Apakah perkara yang anda ingin ketahui tentang memulakan perniagaan?
No comments:
Post a Comment